lightning-solid
Berita :
'Sabar, Jangan Pulang Dulu'
'Sabar, Jangan Pulang Dulu'
Mohd Irsyadi Abu Bakar
27 Nov 25
1932

SETIU, 27 November - Rakyat yang terjejas dengan situasi banjir dan telah berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa untuk pulang ke rumah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, mangsa yang terjejas banjir harus mendengar arahan dan panduan daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan risiko kepada keselamatan diri.

Beliau yang ditemui ketika melakukan tinjauan di PPS Sekolah Kebang Sri Langkap, hari ini turut mengingatkan bahawa bencana banjir yang berlaku masih belum reda sepenuhnya.

"Nasihat sayalah kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di PPS supaya bersabar dulu, PPS tidak akan tutup dengan cepat.

"Ini gelombang pertama yang bermula sejak dua hari ini.

"Kalau ikut pada amaran NADMA, hujan lebat akan berterusan bermula pada hari ini (27)sehingga 29 November.

"Jadi, nasihat saya supaya jangan cepat sangat baliklah, sabar dulu," katanya.

WhatsApp Image 2025-11-27 at 5.03.54 PM.jpeg 472.78 KB


Beliau bagaimanapun mengingatkan penduduk agar sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk pindah. 

"Kalau ada arahan apa-apa supaya cepat-cepat pindah ke pusat pemindahan sementara yang dibuka insya-Allah," katanya.

DUN Langkap menjadi antara kawasan paling ramai terjejas di daerah Setiu dengan sebanyak 11 PPS dibuka menempatkan 622 mangsa daripada 196 keluarga.


Tag :

Artikel Berkaitan