• 16 Mei 2024 | 8 Zulkaedah 1445

Seberang Takir Utuh Di bawah Cikgu Razif-


(pemimpin yang dilahirkan dari akar-umbi mesra dan disenangi semua pihak kawan dan lawan)
(Bahagian 1)

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang wakili Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman sedang melalui kepesatan pembangunan, fizikal dan kerohanian.

Melalui penghayatan Transformasi Terengganu Baharu (TTB), kampung-kampung di DUN Seberang Takir melalui transformasi yang cukup luarbiasa, khususnya melalui kepemimpinan DUN, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K), Umno Cawangan- pergerakan sayap-sayap, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya.

Haji Ahmad Razif seorang pemimpin yang dilahirkan daripada bawah, bermula dengan memimpin belia (Belia Permata Seberang Takir) J3K dan bahagian, malah merupakan seorang ‘Cikgu’ suami isteri yang cukup dekat di hati para pelajar.

Beliau pernah berbakti suatu masa dulu sebagai seorang guru yang mempunyai pusat tusyen sendiri untuk membantu pelajar-pelajar susah.

Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas iaitu Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Datuk) atau At Takiri yang merupakan anak murid kepada Cikgu Razif.

“Saya menghormati Cikgu saya, dia yang mendidik dan mengajar saya semasa sama mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP)” ujar Ahli Parlimen itu.

“Saya pernah ketuk rumah Cikgu Razif bila saya ada keperluan untuk belajar darinya untuk kelas tambahan,” ujarnya kepada penulis.

Dua bulan lepas Ahmad Razif bersama-sama dengan anak muridnya itu bersolat bersama di Surau Kampung Baharu, kampung mereka berdua yang diimamkan oleh anak muridnya itu.

Cikgu Razif sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir dan Menteri Besar Terengganu telah membiayai program tersebut, termasuk makan-minum.

At Takiri kemudian bersama dengan Cikgu Razif menonton perlawanan bolasepak di skrin besar di Dataran Permata.

Orang Umno dan Pas bersama-sama di majlis itu menunjukkan transformasi yang begitu hebat dan luarbiasa dibawa oleh Cikgu Razif.

Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, orang Pas Seberang Takir cukup menghormati sikap dan pendekatan transformasi yang dibawa oleh Cikgu Razif yang berbuat baik kepada semua orang.

Calon Pas Seberang Takir, Zakaria Dagang pun terpaksa akur dengan pendekatan itu dan turut serta sama bersama YB At Takiri menyantuni Cigku Ahmad Razif; walaupun sikap penentangan masih wujud sebagai atas nama parti yang diwakilinya.

Justeru sambutan masyarakat terhadap pendekatan Cikgu Razif ini amat jelas kelihatan, DUN Seberang Takir didapati amat sebati dan kukuh bersama pimpinan Cikgu Razif.

Itu baru dari sudut akhlak dan keperibadian Ahmad Razif yang bukan pendendam malah berbaik-baik dengan orang yang tidak sehaluan dengannya- suatu sifat yang diajar oleh Rasulullah s.a.w

(bersambung...).

Tag: