• 10 Nov 2024 | 08 Jamadil Awal 1446

Selarikan Negeri Dan Daerah- SUK


Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, konsep turun padang yang dilaksanakan adalah usaha memastikan apa saja polisi di peringkat negeri dilaksanakan di daerah.

Katanya, kunjungan itu banyak memberi manfaat di peringkat daerah kerana jika terdapat perkara yang terdesak untuk diselesaikan, kerajaan akan segerakan.

"Perkara yang diberi penekanan termasuklah dalam pembangunan dan sosial.

"Siri ini juga memastikan hasrat plan tindakan Terengganu Baharu dilaksanakan supaya pentadbiran melakukan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita di Setiu, hari ini.



Hadir sama, bersama beliau dalam lawatan ke Setiu itu ialah Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Ab Rahman Yahya.

Wan Nawawi berkata, tiada masa untuk 'berlenggang' lagi kerana dia mendapati akhir-akhir ini, pegawai kerajaan terpaksa berhadapan dengan cabaran amat berat.

"Melalui program ini juga, ia memberi ruang dan peluang terbaik kepada agensi negeri berurusan dengan di peringkat bawahan," katanya.

Tag: