lightning-solid
Berita :
'Seraga Hijau' Ringan Beban Golongan B40
'Seraga Hijau' Ringan Beban Golongan B40
Mohamad Farhan Anam
29 Oct 25
88

Oleh: Musfirah Anuar

KUALA TERENGGANU, 29 Oktober – Suasana pagi di Pejabat Khairunnisa, Batu Buruk hari ini meriah dengan penganjuran Program “Nasi Lemak Kopi O”, yang menghimpunkan peserta daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) sekitar Kuala Terengganu dalam suasana penuh semangat kebersamaan dan keprihatinan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor,  yang turut menyampaikan agihan 'Seraga Hijau' kepada 40 penerima daripada golongan B40.

'Seraga Hijau' merupakan pemberian barangan basah seperti sayur-sayuran, telur dan keperluan dapur asas, sebagai inisiatif membantu meringankan beban penerima serta menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat.

Dalam ucapannya, Zuraida menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menekankan kepentingan meneruskan program berbentuk kebajikan bagi membantu golongan memerlukan. 

Beliau turut menyeru agar semangat berkongsi rezeki terus disemai dalam kalangan masyarakat.

WhatsApp Image 2025-10-28 at 2.51.49 PM(1).jpeg 500.72 KB
Berteraskan tema “Rezeki Kita Kongsi Bersama”, program ini bukan sekadar menjamu selera dengan nasi lemak dan kopi O, tetapi juga menjadi wadah memperkukuh jaringan ukhuwah dan menyemai nilai kasih sayang antara peserta dari pelbagai DUN sekitar Kuala Terengganu.

Penganjuran program ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai simbol keprihatinan dan komitmen berterusan ke arah kesejahteraan komuniti.


Tag :

Artikel Berkaitan