• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Sidang DUN: ITECC Bakal Dibangunkan

Ghazali Taib

Pusat Panggilan Terengganu (ITECC) bakal dibangunkan  dengan kos RM1.6 juta  sebagai saluran aduan dan pertanyaan pelbagai isu daripada rakyat negeri ini.


Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, ITECC yang bakal beroperasi di Bangunan Paya Keladi, Kuala Terengganu akan menempat 30 orang pegawai.


“Pegawai Perkhidmatan Pelanggan akan mengendalikan pusat panggilan berkenaan.


“Ianya dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada suku pertama tahun hadapan,” katanya dalam sesi pergulungan Sidang DUN di Wisma Darul Iman, hari ini.

Tag: