• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Sikap Tidak Ambil Tahu, Punca Peningkatan Jenayah

Foo Chek Seng memberi penerangan kepada pelajar mengenai bahayanya jenayah pada Program Cakap-Cakap Sains di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.  Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail


Peningkatan kadar jenayah kecurian, penculikan, penagihan dadah dan sebagainya, disebabkan sikap masyarakat yang tidak mahu mengambil tahu, selain menganggap diri dan keluarga terkecuali daripada kejadian jenayah itu.

DSP Kor Suksis,  Jabatan Pecegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Kuala Lumpur, DSP Foo Chek Seng, berkata sikap itu antara faktor peningkatan kadar jenayah di kebanyakan lokasi, terutama di kawasan perumahan dan perkampungan.

Katanya, mereka tidak mahu mengambil tahu dan menjadikannya sebagai pengajaran,  tetap bersikap mengabaikan keselamatan harta benda dan diri walaupun pelbagai  laporan dihebahkan media.

“Sebagai contoh, apabila meninggalkan kediaman, gemar meletakkan kunci rumah di tempat tidak selamat seperti di bawah pasu bunga, dalam kasut dan pelbagai ruang yang mudah dikesan penjenayah.
Add caption

“Tidak terkecuali, ketika berjalan seorang diri, terutama golongan wanita, secara sengaja membawa beg tangan secara salah dan  menampakkan barang kemas,” katanya.

Menurutnya, dia sarankan agar masyarakat sewajarnya prihatin dengan masalah itu, perlu berkerjasama dengan polis dalam menyebarkan maklumat, mengadakan program dan kerapa mengadakan rondaan.

“Langkah itu pastinya mampu mengurangkan kadar jenayah dan juga mampu mewujudkan hubungan baik antara polis dan masyarakat, “ katanya

Beliau berkata demikian selepas Program Cakap-Cakap Sains di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.


Hadir sama, Prof Madya Dr Wan Norliza Mahadi.

Tag: