lightning-solid
Berita :
Situasi Banjir Batu Rakit Semakin Buruk, PPS Dibuka
Situasi Banjir Batu Rakit Semakin Buruk, PPS Dibuka
Izzat Al-qushairi
28 Nov 25
1219

KUALA NERUS, 28 November – Keadaan banjir di DUN Batu Rakit semakin membimbangkan apabila beberapa kawasan rendah mula dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail memaklumkan beliau telah turun padang meninjau keadaan semasa di beberapa lokasi terjejas termasuk Kg Alor Damat, Kg Balai Maras, Taman Perumahan Wakaf Tengah, Maras dan Kg Bukit Cempaka.

“Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pertama telah dibuka di Dewan Serbaguna Kg Wakaf Catur. Insya-Allah, dua lagi PPS akan dibuka di SK Maras dan SK Kompleks Mengabang Telipot bagi menampung jumlah mangsa yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa hujan masih belum menunjukkan tanda untuk reda dan beberapa kawasan terus dilanda limpahan air.

Setakat pagi tadi, tiga keluarga dari Kampung Alor Damat telah dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Wakaf Catur sebagai langkah keselamatan.

“Saya menyeru semua penduduk agar terus peka, berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Doakan agar segala urusan dipermudahkan dan keadaan kembali pulih seperti sediakala,” tambah beliau.


Tag :

Artikel Berkaitan