• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

SKMM Tahan Lelaki Sebar Kata Penghinaan Terhadap Pemimpin


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan seorang lelaki yang didakwa menyebarkan kata penghinaan kepada pemimpin negara melalui laman sosial Facebook.

Tìmbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, lelaki yang berasal dari Sabah dan menetap di Dungun itu, telah ditahan beberapa hari lalu.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan oleh  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kes ini disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir anjuran Media Prima Berhad (MPB) di Kompleks Qaseh di Kampung Batu 24,  Hulu Terengganu, hari ini.

Jailani turut memberi amaran kepada pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan cerita atau fitnah yang tidak bermanfaat.

"SKMM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan, Akta Fitnah serta Kanun Keseksaan berdasarkan kesalahan yang dilakukan," katanya lagi.

Sebelum itu,Jailani turut meluangkan masa menyertai gotong-royong membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mahmudiah yang terjejas teruk akibat banjir.

Tag: