• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Skuad Sukarelawan TTB Bersiap Sedia Bantu Mangsa Banjir






Kira-kira 5,000 Skuad Sukarelawan TTB kini bersiap sedia membantu agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan anggota keselamatan sekiranya kejadian banjir berlaku pada bila-bila masa.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato' Rozi Mamat berkata skuad sukarelawan itu akan di bahagikan kepada lapan portfolio iaitu pendaftaran; perbekalan makanan; kebersihan; penginapan dan keselamatan; kesihatan dan perubatan; sukarelawan; aktiviti dan kerohanian serta bilik gerakan.

"Mereka akan mengambil cakna dengan memberi pelbagai bentuk bantuan daripada kampung ke kampung, termasuk membabitkan 19 kampung di DUN Telemong yang sebelum ini pernah terjejas teruk akibat banjir,"katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong berkata demikian pada Persembahan Bot dan Sukan Rakyat "Program Pencegahan Jenayah Dan Persiapan Banjir 2016" PDRM Bersama Masyarakat Hulu Terengganu, semalam.



Rozi berkata, Skuad Sukarelawan TTB yang mempunyai aset 13 pacuan empat roda (4x4) dan empat lori,14 bot dan tiga jentolak, pastinya banyak membantu dalam pelbagai aspek terutama berkaitan operasi menyelamat dan memindah mangsa banjir, mengangkut barang dan membersih kawasan.

"Pada masa sama, kumpulan radio amatur akan diwujudkan bagi memudah cara mangsa dan pihak berkepentingan untuk berkomunikasi sekiranya berlaku kecemasan,"katanya..

Tag: