• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

SUK Turun Padang Ke Setiu


Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail mengadakan lawatan kerja sehari ke daerah Setiu, hari ini.

Ketibaan Wan Nawawi di Pejabat Daerah Setiu kira-kira 11 pagi disambut oleh Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mat Azmi Arshad serta pegawai kanan jabatan kerajaan dan kakitangan.



Kemudian, satu taklimat khas mengenai pembangunan daerah Setiu disampaikan oleh Pegawai Daerah kepada Nawawi sebelum acara ramah mesra bersama kakitangan pejabat kerajaan dan jemputan.

Petangnya, Wan Nawawi dan rombongan dibawa melawat ke Blue Archipelago di Nyatoh dan Setiu Wetland di Pengkalan Gelap untuk mendapatkan gambaran sebenar pembangunan di situ terutamanya kawasan 'Broad Walk' yang menjadi satu tarikan baru di Setiu.




Program menanam pokok bakau jugak turut diadakan oleh rombongan sebelum mereka menyusuri sungai di Wetland menaiki bot ke Kampung Gong Batu untuk majlis penutup.

Turut hadir, isteri Wan Nawawi, To' Puan Anis Hamid yang mengikuti jadual kerja lain.

Tag: