lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Sakthyvarman Dedikasi Pingat Emas Untuk Bapa
SUKMA 2026: Sakthyvarman Dedikasi Pingat Emas Untuk Bapa
Mohd Irsyadi Abu Bakar
5 jam yang lepas
91

SERDANG, 24 Ogos - Atlet Silambam Terengganu, Sakthyvarman Moorali Tharan mendedikasikan pingat emas yang diraihnya semalam, buat mendiang 'grandmaster' yang juga merupakan bapa kandungnya, Mooralitharan Narayanan yang meninggal dunia pada bulan lalu.

Menurutnya, kemenangan emas dalam kategori Silambam Poruthal 55-65kg individu lelaki itu sememangnya telah lama menjadi impian bapanya yang begitu inginkan pingat emas dalam SUKMA.

"Dalam SUKMA, ini emas pertama saya walaupun ini penyertaan ketiga saya dalam temasya ini.

"Ayah saya sudah banyak berusaha untuk kami termasuk pelatih-pelatih senior sejak tahun 2008, bagi mendapatkan pingat emas ini.

"Dari sekarang, kita mahu pegang (mewarisi) dia punya perjuangan dan emas ini untuk ayah saya," katanya ketika ditemui selepas penutupan acara Silambam di Dewan Majlis Bandaraya Serdang Jaya (MBSJ), hari ini.

Pada temasya SUKMA 2024, Sakthyvarman meraih pingat gangsa dalam kategori sama, selain berjaya mendapatkan pingat perak dalam acara Sychronise berpasukan.

Selepas kejayaan SUKMA ini, Sakthyvarman memaklumkan, beliau akan menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akan  menyambung pengajian dalam bidang ijazah kejuruteraan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), bulan hadapan.


Tag :

Artikel Berkaitan