Sultan Terengganu Santuni Warga Istimewa dan Fakir Miskin
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Jamuan Bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-63, yang berlangsung penuh istiadat di Dewan Santapan, Istana Syarqiyyah, di sini hari ini.