lightning-solid
Berita :
Sultan Terengganu Sihat, Teruskan Rawatan Susulan di Luar Negara
Sultan Terengganu Sihat, Teruskan Rawatan Susulan di Luar Negara
Husaif Mamat
1 jam yang lepas
109

KUALA TERENGGANU, 25 Julai - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kini berada dalam keadaan sihat walafiat.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Menurut kenyataan tersebut, Baginda berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan rawatan susulan seperti yang telah dijadualkan oleh pasukan perubatan Baginda di luar negara.

Kenyataan itu menyebut, perkembangan kesihatan Baginda adalah dengan izin dan rahmat Allah SWT serta berkat doa seluruh rakyat.

Baginda turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Baginda.

Kenyataan itu turut mendoakan agar Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada Baginda serta mempermudahkan segala urusan Baginda.


Tag :

Artikel Berkaitan