Jalur Gemilang
Berita :
Taman Eko-Rimba, Laluan Pendakian Terengganu Ditutup Mulai 1 November
Taman Eko-Rimba, Laluan Pendakian Terengganu Ditutup Mulai 1 November
Rohayati Ripin
3 jam yang lepas
41

KUALA TERENGGANU, 22 Oktober - Semua kawasan Taman Eko-Rimba, laluan pendakian dan aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) akan ditutup sementara mulai 1 November ini untuk orang ramai.

Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Ramli Mat berkata, penutupan itu dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian tidak diingini susulan musim tengkujuh dan risiko kepala air.

Menurutnya, penutupan berkenaan berkuat kuasa sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, bergantung pada laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Notis penutupan sementara ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan yang tidak diingini berikutan musim tengkujuh dan risiko kepala air yang boleh membahayakan pengunjung," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan penutupan dan tidak memasuki kawasan terbabit sepanjang tempoh berkenaan.

JPNT akan memaklumkan perkembangan lanjut berhubung pembukaan semula kawasan rekreasi berkenaan dari semasa ke semasa.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan