• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Taman Ilmu Fasa Terakhir Kemasukan Pelajar



Foto : Google image

Pembangunan Taman Ilmu yang diilhamkan ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 2004  kini sedang dalam fasa terakhir memasukkan pelajar.

Projek menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan dibangunkan di bawah Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta itu dibina mulai 2004.

Rancangan ECER ini adalah satu usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memangkin tahap pembangunan kawasan Pantai Timur terutamanya di Terengganu.

Setiap negeri di Pantai Timur ini  akan muncul dengan tema pembangunannya yang tersendiri dan  Terengganu akan dikenali sebagai gerbang pelancongan dan pendidikan bagi pembangunan ECER.

Pada masa yang sama, projek ini juga dapat mengembang dan memperhebatkan lagi industri minyak dan gas petrol kimia yang di Negeri Terengganu sekali gus mampu menjana ekonomi rakyat negeri ini.

 

 

Bagi merealisasikan hasrat itu, Taman Ilmu di Tembila Besut kini mempunyai beberapa fasiliti untuk kegunaan dan sebahagian besar komponen utama seperti perpustakaan, pusat pelajar, kompleks sukan, dewan konvokesyen, kediaman pelajar dan masjid.

 

 

 


Hari ini kita dapat melihat pembagunan Taman Ilmu dimanfaatkan dan ketika ini kediaman pelajar sudah digunakan serta diisi oleh pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melibatkan 250 pelajar dan bakal ditambah menjadi 500 orang apabila pengubahsuaian blok kedua siap nanti.

Selain UniSZA, dua buah universiti yang terdapat di Terengganu dan Kelantan iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan dibantu bagi meningkatkan pencapaian di bidang pengkhususan masing-masing turut akan menempatkan pelajar mereka di Taman Ilmu tersebut.

Perkara itu disampaikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Dato’ Seri Idris di majlis perasmian Kolej Kediaman UniSZA pada tahun lalu (2017).

Katanya, UniSZA dikhususkan dalam bidang agama dan ilmu, UMT dalam bidang oceanografi dan persekitaran, manakala UMK bidang keusahawanan mengikut kelompok universiti komprehensif.

Ketika majlis perasmian kolej kediaman UniSZApada September lalu, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) juga berminat untuk menjadi sebahagian dari warga Taman Ilmu.

Dalam majlis itu juga turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian itu, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohamad Nur; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Emiritus Dato’ Dr. Kamarudin Husin dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

Hadir sama, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof  Dato’ Dr  Mortaza Mohamad;  Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Prof Dato Mohd Rizon Juhari dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Hanisah Tapsir.

Secara tidak langsung, tiga buah universiti lagi bakal mengisi dan menjadi warga Taman Ilmu di Besut selain UniSZA.

Terbukti kenyataan berbau fitnah yang dibawa oleh pembangkang Terengganu terutamanya dari Pas hanyalah mahu mengaburi mata rakyat dengan menyebarkan gambar-gambar lama, sebelum usaha baik pulih di sebahagian Taman Ilmu tersebut dilaksanakan.

Cukup-cukuplah merekacipta fitnah untuk mengelirukan rakyat, sebaliknya perlulah menggunakan pendekatan “apa yang kita boleh beri kepada rakyat” dan “bukannya apa yang kita boleh menipu dan mengelirukan rakyat”

-terengganu.news


Tag: