• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Tarian Melayu Senaman Dalam Seni

Wakil Ameerah menyerahkan cenderahati kepada jurulatih tarian.

MARANG - Tarian Melayu yang semakin dilupakan sebenarnya boleh dijadikan satu senaman buat mereka yang inginkan tubuh badan yang sihat.

Sehubungan itu, Beliawanis dan Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan dengan kerjasama Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri menganjurkan Bengkel Asas Tarian Melayu, baru-baru ini.

Bengkel setengah hari itu dikelolakan jurulatih tarian dari Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berlangsung di Dewan Sivik Merchang, di sini.

Penganjuran bengkel itu bertujuan memperkenalkan masyarakat kepada seni tarian Melayu yang memiliki banyak rahsia dan falsafah.

Peserta bengkel tarian Melayu 

Selain, bertujuan mendedahkan alternatif senaman kepada masyarakat yang biasa dengan senaman zumba dan sebagainya untuk mencuba kelainan dengan tarian Melayu.

Seramai 25 peserta terdiri daripada belia dan penduduk setempat hadir menyertai bengkel tersebut.




Tag: