lightning-solid
Berita :
Tarmizi Gigih Kembangkan Perniagaan Kayu
Tarmizi Gigih Kembangkan Perniagaan Kayu
Abdul Fattah Kamarudin
16 jam yang lepas
323

MARANG, 13 Januari – Penerima Dana Usahawan Terengganu (DUTE), Ahmad Tarmizi Mohd dari Kampung Lubuk Pandan membuktikan minat dan kesungguhan mampu membina laluan kejayaan dalam industri berasaskan kayu walaupun bermula dari bengkel kecil di tepi rumah.

Tarmizi,28, berkata, dia sudah lama mengusahakan kerja-kerja kayu di rumah sendiri dan dalam masa yang sama bekerja dengan orang lain bagi mempelajari pengurusan dan selok-belok perniagaan dalam industri tersebut.

IMG_0796.jpeg 4.02 MB
“Dah lama main dengan kayu ni, cuma buat di tepi rumah sahaja. Dalam masa yang sama saya kerja dengan orang untuk ambil pengalaman, bermula dari 2018 lagi,” katanya kepada pemberita selepas menerima peralatan sumbangan DUTE yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong di kediamannya.

Mengulas mengenai cabaran industri berasaskan kayu, Tarmizi berkata tidak ramai yang mampu bertahan kerana kos peralatan yang tinggi serta keperluan tenaga fizikal yang besar.

“Kerja kayu ni ramai yang berhenti kerana tak tahan. Kos peralatan pun mahal dan perlu guna banyak kudrat,” ujarnya.

Tarmizi turut merakamkan penghargaan kepada pihak yang banyak membantu perkembangan usahanya.

“Terima kasih pihak YB dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu yang banyak membantu saya selama ini,” katanya.

Sementara itu, Sulaiman Sulong memuji usaha dan ketekunan Tarmizi dalam membina perniagaan berasaskan kemahiran tempatan.

“Usaha dan kesungguhan Tarmizi diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia Terengganu untuk menceburi bidang keusahawanan, khususnya dalam industri berasaskan kemahiran dan kraf tempatan,” katanya.


Tag :

Artikel Berkaitan