KUALA TERENGGANU, 1 Mac – Seramai 98 anak asnaf dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan menerima sumbangan berbentuk pakaian raya menerusi program Cakna Raya Asnaf anjuran TDM Berhad di Mydin Mall, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Ketua Sumber Manusia dan Pentadbiran TDM, Ahmad Shukri Mohd Ali berkata, sebagai syarikat milik Kerajaan Negeri Terengganu, TDM sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) demi kesejahteraan rakyat.
Menurut beliau, walaupun sumbangan itu mungkin dilihat kecil oleh sesetengah pihak, ia amat bermakna buat golongan yang memerlukan.
“Mungkin kecil bagi sesetengah orang, tetapi besar kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.
“Saya sudah tidak ingat ini kali ke berapa kerjasama antara PKM dan TDM. TDM sentiasa komited menyumbang kepada rakyat Terengganu secara amnya dan penduduk N20 khususnya,” katanya.
Beliau berharap sumbangan tersebut mampu mengukir senyuman dan menceriakan sambutan Syawal anak-anak asnaf yang terlibat.