• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Telaga Mengkudu Muncul Juara ‘Libas’

Ustaz Ariffin Deraman (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut. 
Oleh: Ahmad Fadhilah

KUALA TERENGGANU - Pasukan Telaga Mengkudu ‘A’muncul juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Piala Yang Berhormat Ustaz Ariffin Deraman bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500, medal dan piala kejohanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau melihat semangat anak muda yang tinggi sama ada pemain  mahupun penyokong.

"Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang pertandingan kejohanan sepak takraw.

"Pertandingan seperti ini bukan untuk mencari siapa yang lebih hebat tetapi untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Piala Yang Berhormat Ustaz Ariffin Deraman bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Tasek, kelmarin (1 September).

Sebanyak 16 pasukan berentap dan perlawanan dibuat dalam bentuk liga.

Kejohanan tersebut berlansung selama 2 hari iaitu pada hari Jumaat 31 Ogos sehingga 1 september 2018.


Sementara itu, urusetia kejohanan tersebut, Zulhelmi berkata, kejohanan ini adalah program anjuran biro belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Alur Limbat dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tasek.


Tag: