Jalur Gemilang
Berita :
Terengganu Akan Blacklist Vendor Degil
Terengganu Akan Blacklist Vendor Degil
Mohd Irsyadi Abu Bakar
22 Sep 26
33

KUALA TERENGGANU, 22 September - Kerajaan Negeri tidak menolak kemungkinan untuk menyenarai hitam sebahagian vendor atau penganjur yang berterusan melanggar garis panduan hiburan di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Terengganu, Dato' Razali Idris mahu semua pengusaha pelancongan mengamalkan prinsip berfikir dan bertindak seiras dengan pelancongan patuh syariah.

 "Saya lihat vendor ini orang baru dan dia telah berjumpa Tourism Terengganu memohon maaf kerana dia tidak tahu peraturan dan proses sebenarnya.

"Pengusaha itu tidak tahu kerana dia bukan berada dalam kelompok kita (Karnival Pantai Terengganu), sebaliknya sebagai rakan strategik di bahagian luar karnival, jadi kita tidak tahu dia mohon kebenaran atau tidak sebelumnya sehinggalah tular poster tersebut.

"Kita sudah minta MBKT melihat kalau patut tindakan, kita kompaun. Kalau kesalahan berulang, 'next' jika dia buat, kita tak mahu dia ada lagi (dalam program seterusnya)," katanya.

Razali menegaskan, pelancongan sebenarnya bukan sekadar menjual tempat, tetapi kita mahu pelancong merasai identiti, budaya dan pengalaman sebenar berada di negeri Terengganu.

Beliau menyeru semua pihak supaya menggunakan identiti dan penjenamaan ini secara konsisten. 

"Kita boleh tawarkan pengalaman pelancongan yang menarik tanpa mengenepikan nilai, identiti dan ketetapan negeri.

"Kehadiran 15 juta pelancong ke Terengganu pada tahun lepas bukan kerana sosial, bukan kerana pertunjukan-pertunjukan di luar batas agama tetapi untuk melihat apa itu patuh syariah, apa itu mesra Muslim kepada orang bukan Islam," katanya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan