• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Terengganu Catat Penyertaan Terbesar Di Kejohanan Memanah Kebangsaan




Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA NERUS, 8 Mac- Terengganu mencatatkan penyertaan terbesar dalam Kejohanan Memanah Kebangsaan Siri 1 2020 yang berlangsung di Pusat Memanah Terengganu, Kem Pengakap Tengku Muhamad Ismail bermula dari 4 hingga 8 Mac baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia melibatkan penyertaan seramai 402 orang yang melibatkan atlet dan pegawai-pegawainya yang merupakan jumlah terbesar bagi siri-siri Kejohanan Memanah Kebangsaan.

“Faktor yang menyebabkan kejohanan ini mendapat sambutan ramai apabila semua pasukan negeri-negeri menyediakan pasukan untuk kejohanan sukan SUKMA  2020 di Johor nanti.Ini adalah salah satu medan terakhir untuk menguji atlet  dan oleh itu kita mendapat sambutan yang paling menggalakkan.

“Biasanya enam pasukan memanah Malaysia akan menganjurkan tiga siri kejohanan setiap tahun, dimana siri pertama dan kedua akan dilakukan di negeri-negeri yang menjadi persatuan yang berpayung di bawah pasukan Malaysia dan siri akhir biasanya buat di Majlis Sukan Keramat,” ujarnya ketika merasmikan majlis perasmiannya baru-baru ini.

Katanya lagi, pada kejohanan kali ini, buat pertama kalinya acara Barebow diperkenalkan dalam Kejohanan Memanah Kebangsaan. Kategori yang dipertandingkan adalah Recurve Lelaki, Recurve Wanita, Compound Lelaki, Compound Wanita, Barebow Lelaki dan Barebow Wanita.



Tag: