Jalur Gemilang
Berita :
Terengganu  Muncul Juara Acara Pertama Sukan 4 Negeri 2026
Terengganu Muncul Juara Acara Pertama Sukan 4 Negeri 2026
Ahmad Zaeem Zainudin
6 jam yang lepas
42

KUALA NERUS, 19 Oktober - Kontinjen Terengganu memulakan kempen Sukan Empat Negeri 2026 dengan langkah kanan apabila muncul juara bagi acara permainan dart.

Terdahulu, Terengganu menewaskan Kelantan 5-0, Kedah 4-1 dan Johor 3-2 untuk mengumpul sembilan mata, sekali gus menduduki tangga teratas carta keseluruhan.

Kemenangan ke atas Johor dalam babak akhir menyaksikan pasangan beregu campuran Terengganu melakukan 'steal of leg' dengan baki 16 mata ketika lawan mempunyai kelebihan empat mata untuk menamatkan leg.

Dalam perlawanan yang berakhir tepat jam 11.30 malam itu tadi, dua dart terakhir Terengganu, bidikan tepat daripada Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil mengenai skor single 8 untuk melengkapkan checkout dengan bergaya.

Kemenangan tersebut juga melengkapkan rekod bersih Terengganu yang tampil dominan dalam ketiga-tiga sesi perlawanan bagi acara tersebut.

Manakala, Kedah berjaya menduduki tempat kedua, diikuti Johor di tempat ketiga dan Kelantan di tangga keempat.

Kejayaan itu menjadi pembuka tirai positif buat kontinjen Terengganu dalam usaha memburu kejayaan keseluruhan pada Sukan Empat Negeri 2026.

Saingan dijadualkan untuk diteruskan esok menerusi peringkat kalah mati acara boling padang serta perlawanan separuh akhir bagi acara bola sepak.


Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan