Kerajaan Terengganu terus memperkukuh komitmen memartabatkan pendidikan negeri apabila meraikan seramai 273 pelajar cemerlang daripada rangkaian Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT) menerusi Majlis Hafl Al-Takrim 2025, sebuah acara tahunan yang menghargai kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan utama negara.