• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Tiada Diskriminasi Sebagai MPKK

Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menyampaikan amanat kepada hadirin.

Oleh: Siti Ainum Amijudin

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu bertindak sewajarnya selaku wakil kerajaan yang berkhidmat untuk semua rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, MPKK mestilah bersikap telus dalam menjalankan amanah yang diberikan untuk memudahkan urusan masyarakat.

“Tiada diskriminasi kepada rakyat dalam berkhidmat. Amanah mestilah dilaksanakan tanpa mengira latar belakang parti.

“Sekiranya ada rakyat yang datang untuk meminta bantuan dan MPKK berkira tentang parti, maka MPKK itu tidak layak untuk memegang jawatan ini.” tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sesi 2018/2020 di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, hari ini.


Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim. Turut hadir, Penyelaras Dun Jertih, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Pegawai Penyelaras Dun Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad.


Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera mengingatkan supaya jangan menzalimi rakyat yang memerlukan bantuan biarpun berbeza ideologi parti.





Tag: