Royalti Petroleum : Kerajaan Perpaduan Lebih Teruk Daripada Kerajaan PH
Tidak Boleh Rentas Negeri Mulai Lusa - PM
KUALA LUMPUR, 11 Januari - Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan bahawa pergerakan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan bermula 13 hingga 26 Januari 2021.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, larangan merentas daerah juga turut dikuat kuasakan di negeri-negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021.
“Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.
“Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, hanya dua (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000,” katanya dalam Perutusan Khas hari ini.
Terdahulu beliau memaklumkan, PKP itu akan melibatkan tiga peringkat pelaksanaan.
“Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
“Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
“Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut,” katanya lagi.