• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Tidak Perlu Sering Panggil `YB' - ADUN Pengkalan Berangan




Oleh : Khairan Mat Jusoh

MARANG, 19 Disember -Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong mahu mewujudkan hubungan lebih erat dan tiada sempadan antara wakil rakyat dengan masyarakat.

"Suka untuk saya maklumkan di sini, sebenarnya saya lebih suka mewujudkan hubungan yang lebih dekat dengan masyarakat sepertimana dikatakan tiada garis sempadan.

"Dari segi penghormatan, tidak perlulah terlalu hormat sehingga sering menggunakan panggilan `YB' (Yang Berhormat) sepanjang masa yang sememangnya kita sudahlah jarang berjumpa kerana faktor bilangan 49 MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) di DUN Pengkalan Berangan ini. Situasi ini sedikit menyebabkan saya rasa jauh dengan masyarakat," katanya lagi.

Add caption

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Facebook ketika merasmikan Program Anak Soleh di Kampung Bukit Perpat, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut Sulaiman lagi, panggilan YB itu boleh jika sesuai dengan keadaan terutama di  majlis rasmi yang mempunyai protokol tertentu.

"Begitu juga dengan orang-orang yang dah biasa dan mengenali saya sebelum ini, usahlah terlalu formal. Jika ada urusan untuk diselesaikan, laluilah semuanya itu dengan saya seperti biasa kita berurusan sebelum ini. Kerana saya ingin lebih dekat dengan kalian semua dan mewujudkan hubungan yang lebih sejahtera dengan masyarakat. Insyaallah." katanya lagi.



Tag: