• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Tiga keluarga Miskin Bakal Terima Bantuan

Mohd Safari Abu menyampaikan sumbangan sewaktu turun padang membuat tinjauan.
Oleh : Shahril Aswad

HULU TERENGGANU - Tiga keluarga miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong bakal menerima manfaat bantuan khas, sempena lawatan turun padang Pegawai Daerah (DO) Hulu Terengganu ke DUN Telemong, kelmarin.

Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata, keluarga yang akan menerima bantuan ini terdiri daripada mereka yang sangat memerlukan dan akan diberi perhatian.

“Kita akan hantar bantuan secepat mungkin menerusi agensi-agensi berkaitan untuk membantu keluarga terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Lawatan Turun Padang Bersama DO ke DUN Telemong, pada Rabu 15 Ogos.


Safari berkata, keluarga penerima ini membabitkan satu keluarga di Kampung Payang Kayu, satu di Kuala Menjing dan satu di Kampung Chengkering.

“Di Payang Kayu, sepasang suami isteri mempunyai penyakit kronik dan sangat uzur dan tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan.

"Mereka hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Manakala di Kampung Kuala Menjing dan Chengkering, terdapat keluarga susah yang mempunyai rumah uzur dan perlu menanggung anak-anak kecil yang masih bersekolah dengan hanya bekerja di kampung.


"Kerajaan mengambil serius tinjauan pada hari ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya," tambahnya.

Tag: