• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Tunggu Audit Bebas Sahkan Isu Tabung Haji - Khairuddin

Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.
Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 11 Disember - Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) perlu melantik juruaudit bebas bagi melaksanakan audit terhadap akaun Tabung Haji (TH) yang didakwa bermasalah.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, TH merupakan aset terbesar umat Islam negara dan ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup kelemahan kerajaan dalam membayar dividen kepada pendeposit.

“Cadangan penjualan aset TH kononnya untuk menyelesaikan masalah kewangan bakal mendedahkan aset TH ke tangan pihak luar.

“Sudah banyak kali Kerajaan Persekutuan bermain dengan angka sebegini bagi mengelirukan masyarakat," katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Beliau menegaskan bahawa cadangan itu perlu ditangguhkan sehingga pihak audit bebas mengesahkan dakwaan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Mujahid Yusof.


Tag: