Berita :
Ubah Perlembangaan Ke Dalam Bahasa Melayu Perlu Jadi Agenda Perpaduan
Ubah Perlembangaan Ke Dalam Bahasa Melayu Perlu Jadi Agenda Perpaduan
Adli Mohamad
05 Apr 26
184

KUALA NERUS, 5 April - Pemimpin parti politik Melayu diharapkan agar menjadikan usaha mengubah Perlembagaan Persekutuan yang merupakan satu dokumentasi utama dalam negara ke dalam Bahasa Melayu sebagai agenda utama kerana ia masih dalam Bahasa Inggeris.

Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya berkata, sewajarnya bahasa penjajah itu tidak lagi digunakan dalam perkara utama di Malaysia. 

"Saya bagi contoh senang sahaja, tidak payah 'complicated' isu-isu yang lain, kegagalan kita menyelesaikan hal ini (ubah bahasa dalam Perlembagaan) mengakibatkan tiga anak orang Islam murtad kerana kekeliruan dalam istilah 'Parent and Parent's), kerana kita gagal mengabsahkan Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Melayu di Parlimen.

"Jadi bagi saya ini sangat mendukacitakan dan menyedihkan sebab kita harap perpaduan ini bukan setakat menyatukan Bangsa Melayu sahaja, tetapi perlu memiliki agenda yang jelas," ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap di pentas Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 yang berlangsung di sini, semalam.

Mengulas lehih lanjut, beliau turut menyentuh soal pendidikan orang Melayu yang dikategorikan sebagai termundur dan perlu diperjuangkan melalui perpaduan.

"Kalu kita lihat nasib orang Melayu hari ini dalam semua aspek, dari segi pendidikan Orang Melayu termundur dan jurang perbezaan antara Bangsa Melayu dan bangsa lain selain semakin melebar,"katanya.

Dalam pada itu, dalam sudut meneruskan kelangsungan politik di Malaysia katanya cabaran utama untuk mencapainya adalah kegagalan pemimpin politik Melayu berkongsi kuasa.

"Kita pernah bersatu ketika peristiwa 13 Mei , namun kemudiannya kita berpecah. Kita bersatu kembali pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, tetapi selepas itu kita berpecah lagi. Saya tidak pasti apa punca kesukarannya menyebabkan orang Melayu sukar untuk mengekalkan penyatuan.

"Saya berharap program hari ini menjadi titik tolak kepada penyatuan yang kekal selama-lamanya bagi orang Melayu. Terbukti apabila kita bersatu, kita mampu menghadapi cabaran dengan mudah dan memperoleh majoriti dua pertiga dalam konteks politik.

"Namun, apabila kita gagal bersatu, isu kecil pun tidak mampu kita selesaikan sehingga sekarang,"katanya.



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan