• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Usah Kaburi Mata Rakyat



KUALA TERENGGANU, 27 Disember- Ahli Parlimen Setiu , Shaharizukirnain Abdul Kadir kesal dengan dakwaan Menteri Kewangan Lee Guan Eng berkaitan bantuan musim tengkujuh yang dikeluarkan dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Katanya, dalam kenyataan itu, jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan Menteri Kewangan untuk memberikan 274,639 pekebun kecil yang sah berdaftar dilihat sekali lagi mempermainkan rakyat.

“Bantuan tersebut hakikat sebenar merupakan peruntukan yang telah diperuntukkan dalam bajet 2018 malah kerajaan Pakatan Harapan yang telah mengurangkan peruntukkan tersebut daripada  RM261 juta kepada RM164.7 juta.

“Pengurangan sebanyak RM51.2 juta masih lagi menjadi tanda tanya rakyat ke mana wang tersebut yang sepatutnya diagih mengikut peruntukkan telah dikurangkan sebegitu banyak,” katanya dalam dalam satu kenyataan

Shaharizukirnain turut memberitahu, tambahan pula, pada 11 Disember lalu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mendesak kerajaan PH agar mengagihkan peruntukkan tersebut yang seharusnya diagihkan semenjak November lalu tidak dilaksanakan.

Katanya, setelah mendapat desakan daripada beberapa ahli parlimen terutama ahli pembangkang, Kerajaan bersetuju untuk mengagihkan peruntukkan tersebut.

“Justeru itu, kerajaan PH tidak sepatutnya mengaburi mata rakyat dengan pemberian yang telah diperuntukkan oleh kerajaan lama.

“Kerajaan seharusnya membawa perubahan baru yang lebih memahami kehendak rakyat bukan dengan hanya ‘ proclaim’dengan apa yang telah ditinggalkan oleh kerajaan dahulu,”katanya


Tag: