KUALA LUMPUR, 5 Mac - Hospital Dungun yang baru masih lagi tidak dapat beroperasi walaupun tarikh yang ditetapkan sudah habis tempohnya.
Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata demikian dalam ucapan perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.
Katanya, beliau membawa suara rakyat Dungun dengan menaikan isu kesihatan setempat yang berlarutan lama iaitu Hospital Baru Dungun yang telah berulang kali dianjakkan tarikh permulaan operasinya.
"Antara jawapan yang telah di umumkan oleh menteri pada sidang dewan rakyat yang lepas.
"Jawapan pada 18 November 2021, di katakan telah siap 98.2% dan dijangka beroperasi pada April 2022. Manakala pada 19 September 2023 pula di katakan telah siap 99.86% dan dijangka beroperasi pada hujung Februari 2024.
“Hari ini sudah masuk hari ke-4 kita keluar dari bulan Februari 2024, malangnya didapati bahawa Hospital Dungun masih belum beroperasi sehingga kini," ujanya.
Wan Hassan memohon menteri berkenaan memberi penjelasan berkenaan tarikh baru Hospital Dungun mula beroperasi.
"Selain itu, memandangkan pembinaan hospital ini memakan masa yang terlalu lama. Pohon penjelasan sama ada jumlah kemudahan dan doktor pakar yang bakal berkhidmat di Hospital Baru Dungun ini telah dikemas kini supaya mampu menampung keperluan penduduk Dungun yang berjumlah hampir 190,00 orang," katanya.