lightning-solid
Berita :
 Wan Sukairi Puji Tahap Kebersihan Gerai Di Bazar Ramadan Kampung Raja
Wan Sukairi Puji Tahap Kebersihan Gerai Di Bazar Ramadan Kampung Raja
Rohayati Ripin
23 jam yang lepas
24

Oleh : Ahmad Hilmi

BESUT, 24 Februari – Sebanyak 60 daripada 61 gerai di Bazar Ramadan Kampung Raja berjaya memperoleh pengiktirafan Gred A bagi tahap kebersihan sempena penganjuran Bazar Ramadan dan Kempen Kesihatan Peringkat Negeri Terengganu 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pencapaian tersebut merupakan satu rekod yang sangat membanggakan dan membuktikan komitmen tinggi para peniaga dalam menjaga kualiti penyediaan makanan.

Beliau menyifatkan tahap pematuhan kebersihan di bazar tersebut hampir mencapai tahap sempurna bagi memastikan rakyat mendapat juadah berbuka yang selamat dan terjamin.

"Daripada 61 gerai yang ada di Bazar Ramadan ini, 60 daripadanya dikategorikan sebagai A daripada sudut kebersihan. Jadi kalau periksa pun, 100 soalan itu salah satu sahaja (salah). 99 itu jadi hebatlah. Markah tertinggi dan terbaik," kata beliau ketika merasmikan majlis tersebut di sini, semalam.

b690d7d8-1d6e-48f2-958d-d975a9d33b7c.jpg 374.48 KB
Wan Sukairi turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri  sentiasa komited memastikan setiap pengurusan bazar dilaksanakan secara tersusun dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Kesihatan.

Selain aspek kebersihan, majlis tersebut turut memberi penekanan terhadap Kempen Kesihatan yang memfokuskan kepada amalan pemakanan seimbang dan pengambilan gula secara terkawal sepanjang bulan Ramadan. 

Beliau juga mengingatkan bahawa bulan puasa adalah peluang terbaik untuk memulakan perubahan ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan menjadi pengguna bijak dengan mengelakkan pembaziran makanan dan mengamalkan konsep beli sekadar perlu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Mohamad Ridwan Mohd Nor; Pengarah KPDN Cawangan Besut, Zulyadain Aziz; serta Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Hafizuddin Awang.


Tag :

Artikel Berkaitan