lightning-solid
Berita :
Wanita Aset Penting Pembangunan Negeri – Zuraida
Wanita Aset Penting Pembangunan Negeri – Zuraida
Mohamad Farhan Anam
2 jam yang lepas
35

KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Wanita masa kini bukan sekadar pelengkap, sebaliknya merupakan aset penting dalam pembangunan negeri dan masyarakat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor.

Menurut beliau, wanita di Terengganu telah membuktikan peranan mereka sebagai penggerak ekonomi keluarga, pemimpin komuniti serta penyumbang kepada kestabilan sosial negeri.

IMG-20260121-WA0043.jpg 286.12 KB

“Wanita hari ini bukan lagi berada di belakang, malah berada di hadapan sebagai pemacu pembangunan negeri,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pembangunan Suri Pemimpin Wanita Terengganu Siri Ketiga, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pembangunan wanita perlu dilaksanakan secara terancang, tersusun dan mempunyai hala tuju yang jelas supaya lebih ramai wanita bersedia menggalas amanah kepimpinan di pelbagai peringkat, daripada komuniti setempat sehingga ke pentadbiran.

Zuraida turut menjelaskan bahawa program seumpama ini memberi ruang kepada wanita untuk mengasah kepimpinan, meningkatkan keyakinan diri serta memperkukuh kemahiran agar mampu menyumbang secara lebih berkesan kepada masyarakat dan negeri.

“Insya-Allah, daripada langkah kecil inilah akan lahir barisan pemimpin wanita yang berwibawa untuk masa depan Terengganu,” katanya.


Artikel Berkaitan