KEMAMAN, 12 April – Seorang warga emas di Kampung Jong Belaboh, Ngah Muda kini dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa apabila menerima bantuan Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) daripada kerajaan negeri Terengganu.
Anaknya, Rohani Jabar yang sebelum ini menjaga ibunya dalam keadaan rumah yang uzur dan tidak selamat, meluahkan rasa syukur apabila permohonan bantuan tersebut akhirnya diluluskan.
Menurutnya, keadaan rumah lama yang terlalu daif menyukarkan urusan penjagaan harian, terutama melibatkan ibunya yang uzur.
“Alhamdulillah, dengan adanya rumah PPRT ini, urusan untuk menjaga ibu menjadi lebih mudah dan selesa.
“Kami sekeluarga sangat bersyukur kerana dapat menyambut Hari Raya dalam keadaan yang jauh lebih baik,” katanya selepas majlis penyerahan rumah PPRT bertempat di Kampung Jong Belaboh Padang Kemunting di sini baru-baru ini.

Razali berkata, bantuan Rumah PPRT itu merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan yang benar-benar memerlukan, khususnya mereka yang tinggal dalam keadaan tidak selamat dan kurang selesa.
“Pemberian rumah ini dibuat berdasarkan penilaian dan keperluan semasa.
“Kita mahu memastikan golongan seperti warga emas yang uzur mendapat tempat tinggal yang lebih selamat dan selesa, di samping meringankan beban keluarga yang menjaga mereka,” ujarnya.
Tambah beliau, pihak JPKK Padang Kemunting, Jong Belaboh turut memainkan peranan penting dalam menguruskan proses kemasukan penerima ke rumah baharu tersebut, yang telah dilakukan kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

Tag :