lightning-solid
Berita :
Wisma Yayasan Manifestasi Terengganu Jaga kebajikan Anak Negeri
Wisma Yayasan Manifestasi Terengganu Jaga kebajikan Anak Negeri
Adli Mohamad
1 hari yang lepas
138

KUALA TERENGGANU, 11 Disember - Kerajaan negeri menzahirkan komitmen yang tinggi untuk menjaga kebajikan anak Terengganu yang berada di Kuala Lumpur dengan adanya Wisma Yayasan Terengganu yang terletak di Kampung Baru.

Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya telah mengadakan tinjauan ke premis milik Yayasan Terengganu yang selama ini berfungsi sebagai pusat penginapan dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar serta rakyat negeri ini.

"Tinjauan ini memberikan kesempatan kepada saya untuk meneliti keadaan fasiliti serta membincangkan penambahbaikan yang wajar dilaksanakan agar Wisma ini terus berfungsi dengan baik dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Insya-Allah," ujarnya melalui satu kenyataan di facebooknya, hari ini.

FB_IMG_1765438103096.jpg 62 KB
Dalam pada itu, rata-rata rakyat negeri ini memberi komen yang positif terhadap kesungguhan kerajaan Terengganu menjaga aset dan kemudahan yang disediakan khusus untuk rakyat negeri ini.

Salah seorang rakyat negeri ini yang memberi komen, Sabri Zakaria mendoakan agar perancangan untuk tambah baik Wisma Yayasan itu akan dapat meningkatkan lagi kesejahteraan pelajar serta warga Terengganu di perantauan.

"Ini merupakan komitmen tinggi YAB Dato' Seri dalam memastikan aset, kemudahan serta kebajikan rakyat Terengganu di KL sentiasa dipelihara," ujarnya.

Seorang lagi , Zulfahmi Abd Halim berkata dengan adanya wisma tersebut anak Terengganu memiliki tempah persinggahan yang baik dan selesa apabila berada di Kuala Lumpur.


Tag :

Artikel Berkaitan