• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

YADIM Peduli Lestari Dakwah, Bantu Keluarga Miskin

MARANG, 28 Oktober - Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Terengganu terus melestarikan gerakan dakwah dengan menyumbang bantuan kepada golongan kurang bernasib baik menerusi program ‘YADIM Peduli’.

Program yang diadakan bersempena Bulan Dakwah 2020 menjadi agenda utama meningkatkan aktiviti dakwah di peringkat negeri bermula 3 Oktober sehingga 30 Disember tahun ini.

Penolong Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saidin berkata melalui agenda tersebut, dianggarkan sebanyak 100 program telah disusun di pelbagai peringkat sehingga ke kawasan kampung.

“Ini termasuklah program ziarah prihatin yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang hari ini.

“Kami di Terengganu merasakan program sebergini perlu diteruskan, yang kurang bernasib baik perlu disantuni, yang sakit perlu diziarahi, dibantu dan didoakan kesihatan mereka.

“Inilah gambaran sebenar bertapa indahnya islam yang disifatkan seperti sebuah binaan yang sentiasa menguatkan antara satu sama lain.

“Mudah-mudahan ujian yang dilalui bukanlah menjadi penghalanh untuk kita sentiasa redha dan sabar dengan ujian dari Allah SWT," katanya sebaik sahaja selesai program ziarah “Yadim Peduli’ Musaadah COVID-19 di kampung Rusila semalam.

Turut hadir adalah Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Rusila, Azhan Muda.


Tag: