• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

YPU Boleh Bantu Usahawan Perkasa Ilmu Perniagaan Online

MARANG, 2 Ogos - Dalam Tempoh dan keadaan norma baru yang diamalkan ketika pandemik Covid-19 ini, platform secara atas talian memang sangat penting bagi orang-orang yang melakukan perniagaan.

Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) adalah satu agensi yang menawarkan pelbagai khidmat untuk membantu usahawan dan para peniaga lebih-lebih lagi yang terkesan serta terjejas..

Pengurus Pembangunan Usahawan YPU Negeri Terengganu, Engku Mohd Hairulnizam Tuan Ahmad berkata pihaknya akan membantu memberi panduan dalam hal peniagaan kepada peniaga dan usahawan.

"YPU juga boleh bantu set up ilmu berkaitan platform secara atas talian, dana, pembangunan produk, packaging dan kursus-kursus berkaitan keusahawanan. Boleh juga berdaftar sebagai ahli YPU.

"Kebanyakan orang yang berumur mungkin agak susah untuk menggunakan medium generasi masa kini, namun jika dipelajari dengan baik ianya boleh membantu semua orang dengan syarat, bersungguh-sungguh.

Beliau berkata ketika mengunjungi dua buah keluarga untuk dibantu di Kampung Rusila dan Medan Jaya bersama-sama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang.

Menurutnya lagi, jika peniaga atau usahawan mempunyai sebarang masalah, mereka juga boleh turus menghubungi YPU untuk mendapatkan sebarang maklumat yang lebih terperinci.

"Kita di YPU memang mempunyai banyak cara untuk membantu atau 'assist' usahawan kita, tetapi anda juga perlu 'berkawan' atau mengenali YPU supaya tidak tercicir atau dengan lebih tepat tidak tahu tentang bantuan yang diperkenalkan kerajaan.

"Jika hari ini, kita mendapat maklumat daripada Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, jadi mungkin kita boleh turun ke lapangan untuk memberikan penerangan lebih jelas kepada mereka."

Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng menjelaskan bahawa pihaknya sangat komited dalam menyampaikan maklumat untuk membantu masyarakat.

"Kita sangat berterima kasih kepada YPU yang sudi memberikan kebersamaan dalam usaha membantu usahawan dan peniaga kita untuk menempuhi tempoh sukar ini," tambahnya.

 


Tag: