• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

100 Anak Yatim Dan Asnaf Dirai Di DUN Ajil

HULU TERENGGANU, 17 April -100 anak yatim dan asnaf dari sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) ajil kelihatan gembira tatkala diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Dewan Yayasan Salim, di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, majlis yang dilakukan secara tahunan itu merupakan salah satu program kebajikan untuk meraikan golongan kurang bernasib baik sepanjang bulan Ramadan. 

 “Saya begitu seronok melihat mereka gembira dan teruja apabila dapat berkongsi kegembiraan bersama anak-anak ini. Kami berharap inisiatif kecil ini  mendorong masyarakat serta warga korporat lain untuk turut menyokong dan program seperti ini bagi meringankan bebanan mereka.


"Walaupun serba ringkas, tapi kami sebagai penganjur mahu meraikan mereka sebagai tetamu kenamaan yang sangat istimewa," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan duit raya kepada anak yatim dan asnaf pada majlis berbuka puasa itu.

Bagi Nur Alieya Syakira,12, anak ke 5 dari 7 beradik dari Kampung Jak, peluang menghadiri program itu bukan setakat menggembirakannya, malah berasa dikasihi oleh insan lain yang tiada pertalian persaudaraan dengannya.

“Arwah abah, meninggal dunia 3 tahun lepas akibar kemalangan jalan raya,kini hanya ada ibu dan abang yang bekerja untuk menampung keluarga” katanya.

Muhammad Firash Irfan Mohd Zaki, 8, berkata. dia hanya dapat menikmati kasih sayang ayah sementara sahaja kerana arwah bapanya meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sudi membawa saya dan anak yatim lain untuk berbuka puasa dan menerima sumbangan duit raya,” katanya.