• 24 Okt 2020 | 7 Rabiul Awal 1442

110 Pelajar DUN Manir Terima Anugerah

 

Oleh: Ahmad Mawardi

HULU TERENGGANU, 29 Julai - Seramai 110 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang cemerlang bidang akademik juga agama tahun lalu menerima anugerah kecemerlangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata ia selari dengan kehendak kerajaan negeri yang mengutamakan modal insan seperti pelajar cemerlang dan sangat komited untuk membantu meningkatkan akademik pelajar yang mempunyai pelbagai potensi untuk diketengahkan.

“Agama Islam sentiasa memuliakan dan meninggikan kedudukan orang yang berilmu dan ilmu merupakan anugerah Allah SWT yang  sangat bernilai bahkan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit.

“Bertambah beruntung andai kita menjalankan amanah itu dengan penuh ikhlas dan tawakal kepada Allah SWT," katanya.

 Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian Anugerah Kecemerlangan di Dewan Utama Dato' Tuan Guru Harun Taib, Kompleks Al-Kawthar kampung Kubang Lembek.

Turut hadir Penyelia i-MiTs Manir, Ustaz Mohd Harun Esa, Penghulu Mukim Belara, Mazlan Ismail, Penghulu Mukim Lot Manir, Khairul Shahril Othman dan Guru-guru sekolah dalam DUN Manir.

Sementara itu, pelajar-pelajar yang diraikan kali ini merupakan mereka yang berjaya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syahadah Thanawi , Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Tahfiz 30 juzuk.