• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

111 Nelayan Terima Peralatan Menangkap Ikan

KUALA NERUS, 6 Oktober - Seramai 111 nelayan dari daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu menerima peralatan menangkap ikan daripada kerajaan negeri.

Jumlah keseluruhan dianggarkan RM300 ribu ringgit membabitkan kelengkapan yang diagihkan ialah 'fish finder', pukat tangsi, kawat bubu dan 'toolbox'.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, 40 nelayan dari Kuala Terengganu manakala 71 daripada Kuala Nerus bersempena Tahun Pertanian Terengganu 2021.

“Terima kasih kepada Exco Pertanian atas sumbangan ini kepada golongan nelayan bagi menambahkan keupayaan hasil tangkapan ikan.

“Terima kasih juga Perikanan Terengganu dan pihak YB (Yang Berhormat) Exco yang membuat penyerahan peralatan hari ini,” tambahnya lagi.

Sementara itu, seorang nelayan, Zolkepeli Ghani, 54, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan dan perikanan kerana telah memberi bantuan.

 “Peralatan kepada nelayan saya hargai sangat-sangat. Semoga kekal istiqamah dengan masalah nelayan,” katanya.


Tag: