• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

12,000 Terima Dana Bantuan Persekolahan



Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 18 Disember- Seramai 12,000 penerima daerah  ini layak menerima dana bantuan persekolahan sesi 2019.

Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Riduan Mohamad Nor berkata, bantuan persekolahan berupa beg, kasut, stokin dan pakaian sekolah jenama Canggih itu diagihkan kepada penduduk di empat zon daerah tersebut dengan harapan dapat meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan.

"Alhamdulillah, agihan berjalan dengan baik di mana kita mendapat kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam daerah ini untuk menyusun tarikh penyerahan bantuan dan sebagainya.

“Malah, kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahterai (i-MiTS), sukarelawan Jabatan Amal dan ahli Kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC) Besut turut menyumbang bakti bagi melancarkan proses pengagihan bantuan ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau beberapa lokasi pengagihan dana bantuan persekolahan di Besut, semalam.

Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada petugas yang bekerja keras memastikan bantuan tersebut diterima mereka yang layak.


Tag: