15 Van Jenazah Kini Bergerak ke Ipoh

BESUT, 9 Jun - Sebanyak  15 buah van jenazah telah bergerak ke Perak bagi urusan membawa pulang kesemua jenazah nahas insiden penuntut UPSI malam tadi.

Ahli Dewan Undangan negeri( ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin berkata kenderaan membawa jenazah termasuk van dan kenderaan pelbagai guna (MPV) pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.

Menurutnya, mereka telah berkumpul di perkarangan masjid Hadhari Jerteh dan bertolak pada pukul 10 pagi tadi.

"Konvoi ini juga turut diserta oleh beberapa Buah kereta keluarga mangsa.

"Kami akan terus menuju ke Hospital dengan bantuan Kereta Peronda Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Besut," ujarnya ketika dihubungi.

Beliau yang turut serta dalam konvoi itu menjangkakan mereka akan tiba di hospital sekitar jam 3 petang dan bergerak pulang ke Terengganu selepas selesai urusan pengurusan jenazah.

"Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak dan lebih kurang 50 sukarelawan, kami akan membantu sedaya upaya untuk meringankan kedukaan keluarga mangsa.

"Bersama konvoi ini, turut sama jurumandi jenazah lelaki dan wanita termasuk kita membawa semua kelengkapan kain kafan.

"Doakan perjalanan kami selamat sampai ke hospital dan pulang ke Terengganu nanti," katanya.


 


Tag: