• 03 Nov 2024 | 01 Jamadil Awal 1446

155 Pelajar SPM Timba Pengalaman Belajar di PSMZA

DUNGUN, 7 November - 155 orang pelajar pelajar tingkatan lima dari 21 buah sekolah menengah di Daerah Dungun terpilih untuk menimba pengalaman belajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA) selama tiga hari. 

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, menerusi program tersebut, pelajar didedahkan  secara praktikal di dalam bengkel elektrik, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSMZA.

"Mereka berpeluang menjalani 'hands-on' di makmal untuk amali 'Wired Communication' menghasilkan sambungan kabel dengan RJ45 menghubungkan komputer kepada router dan LAN dan Wireless Communication dengan menghubungkan robot melalui aplikasi Arduino Bluetooth Control pada telefon bimbit," terangnya. 

Katanya lagi, program yang mendekatkan diri pelajar dengan siswa siswi PSMZA bermula 3 hingga 5 November 2023 adalah anjuran bersama Pusat pengajian itu dan Pendidikan Daerah Dungun. 

"Pelajar berpeluang menginap di kamsis PSMZA, menjalani ibadah di Pusat Islam dan beriadah Dodgeball, Woodball, Bola Tampar dan Petanque di Kompleks Sukan PSMZA," katanya.

Selain itu, tambahnya, 'Bengkel Matematik di Hati' bersama 21 orang guru Pakar Matematik dari setiap sekolah menengah yang menyertai program itu telah menerima impak dan teknik-teknik penguasaan matematik agar memperolehi keputusan cemerlang SPM 2023.

 


Tag: