• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

225 Nelayan Bukit Tunggal Terima Bantuan

KUALA NERUS, 11 Disember – Seramai 225 nelayan di sekitar Bukit Tunggal yang terjejas teruk akibat musim tengkujuh dapat menarik nafas lega selepas menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Alias Razak berkata, bantuan berkenaan bagi meringankan beban golongan nelayan yang tidak dapat mencari rezeki di musim Monsun Timur laut atau dipanggil musim tengkujuh. 

"Bantuan ini diberi setiap tahun bila tiba musim Monsun Timur Laut, kerana sudah tentu bila tiba musim Monsun Timur Laut nelayan sukar untuk turun ke laut dan akan menjejaskan pendapatan bulanan mereka," katanya. 

Beliau berkata demikian ketiaka berucap di Majlis Temu Murni Nelayan Dun Bukit Tunggal Di Dewan Ustaz Awang Abu Bakar, Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) Batu 6 di sini baru-baru ini. 

Turut hadir bersama, Adun Bukit Tunggal, Sr Zaharuddin Zahid. 

Dalam pada itu, seorang penerima, Mohd Atan Mahmud, 57, ketika ditemui selepas majlis berkata, dia tidak turun ke laut sejak bulan November lagi.

“Waktu ini bahaya turun ke laut kerana keadaan angin dan ombak yang tidak menentu. Dijangka bulan Februari depan pula nelayan akan turun ke laut, buat masa ini duduk rehat lah di rumah dulu.

“Dengan bantuan ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan sehingga musim kembali seperti biasa nanti," katanya.


Tag: