• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

25 Jalan Di DUN Batu Buruk Selesai Diturap

Oleh : Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU, 28 Julai – Sebanyak 25 jalan kampung dan perkarangan surau dalam dun Batu Buruk telah diturap untuk kemudahan dan kegunaan masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kerja-kerja penurapan jalan tersebut merupakan inisiatif pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan dalam usaha menjaga kebajikan rakyat.

Perkarangan Surau Kampung Pantai Batu Buruk antara lokasi yang telah diturap setelah 10 tahun permohonan dibuat untuk dijadikan kawasan parkir dan dataran bagi menjalankan majlis tertentu.

“Dataran ini sangat berguna bukan sahaja untuk dijadikan tempat parkir surau, malah ia juga boleh digunakan untuk mengadakan majlis-majlis berkaitan," kata Muhammad Khalil ketika membuat tinjauan ke lokasi tersebut, semalam.

Kerja-kerja penurapan jalan tersebut dijalankan secara berperingkat bermula beberapa minggu yang lalu.


Tag: