• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

30 Keluarga Terjejas Ribut Terima Bantuan Segera

KEMAMAN, 16 Disember - Hampir 30 keluarga yang terjejas akibat ribut di sini menerima bantuan baiki rumah segera melalui Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman, Hazri Jusoh yang hadir meninjau di tempat kejadian berkata, dalam kejadian semalam, rumah mereka telah rosak dipukul ribut.

"Kita telah mengambil tindakan segera dengan mencari penempatan sementara di samping turut meghulurkan bantuan-bantuan lain.

"Selain itu kita akan menyegerakan pembaikan rumah supaya keluarga dapat kembali semula ke tempat tinggal mereka, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika  ditemui  Kampung Pengkalan Pandan di sini pada pagi semalam.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Pengkalan Pandan, Mohd Saridin Abd. Aziz memberitahu, sekitar 5.00 pagi hari kejadian, beliau menerima panggilan daripada mangsa yang memaklumkan rumah dilanda ribut. 

"Jadi dalam hampir pukul 6.00 pagi kita ke tempat kejadian, rumah yang paling teruk, hampir 100 peratus atap tidak boleh digunakan. 

"Antara tindakan awal yang diambil ialah memanggil kesemua 'tukang-tukang' rumah yang ada.

"Insya-Allah kita segerakan membaik pulih hampir 30 buah terlibat," ujarnya lagi.


Tag: