• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

3,000 Anak Perantau DUN Pengkalan Berangan Dirai


Seramai 3,000 anak perantau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan diraikan dalam Sambutan Hari Raya Perantau di Kediaman ADUN Pengkalan Berangan, malam tadi.

A. Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri berkata, majlis tahunan itu sebagai menghargai anak DUN berkenaan yang bekerja di luar Terengganu terutama Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.


"Saya amat terharu atas kesudian semua anak perantau yang hadir pada malam ini.

"Dengan sokongan ini, telah menaikkan semangat saya untuk terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada masyarat," katanya kepada wartawan Teganukita.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang, Dato' Nir Nik Wan Ku, Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, To' Puan Zaitun Mat Amin dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu Dato Muda Mamat serta pimpinan masyarakat.


Antara menu utama yang dihidangkan adalah nasi minyak, sate, kambing golek, jagung bakar, pelbagai bbq, mee hoon sup, rojak betik, ketupat, lemang, rendang, tapai dan laksa penang.



Tag: