• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

3,000 Terima i-Fitri, Rakyat Lafaz Syukur

KUALA NERUS, 24 April - Pemberian i-Fitri yang mula diagihkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, hari ini diterima dengan penuh syukur di kalangan penerima.

Salah seorang penerima, Mazini Said, 48, berkata, bantuan berkenaan sedikit sebanyak telah meringankan beban beliau dalam penyediaan persiapan hari raya tahun ini.


"Saya amat berterima kasih dengan Kerajaan Terengganu atas bantuan sebanyak RM 400 hari ini, sekurang-kurangnya ia dapat juga membantu mengurangkan kos membeli baju raya untuk keluarga," katanya.

Seorang lagi penerima, Mohd Razi,32, dari Kampung Telaga Daeng menyifatkan, bantuan yang disalurkan kerajaan negeri itu sesuai dengan keadaan semasa hari ini di mana rakyat dapat menggunakannya bagi menyambut hari raya nanti.

"Selain itu, sebenarnya ia turut meringankan beban rakyat dalam menghadapi situasi semasa ekonomi hari ini," katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan i-Fitri yang disampaikan dalam majlis ringkas di Dewan Serbaguna Tok Jembal, hari ini.

Penyelaras DUN, Mohd Fadhil Wahab memaklumkan, seramai 3111 ketua isi rumah di DUN berkenaan menerima bantuan i-Fitri yang mula diagihkan hari ini dan esok. 

"Agihan i-Fitri hari ini dikeluarkan merangkumi dua kategori penerima iaitu RM 400.00 bagi penerima isi rumah berpendapatan bawah RM2,5000 dan sebanyak RM250.00 bagi penerima isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000.

"Untuk makluman, selain bantuan yang ada ini, kerajaan negeri juga telah membuka bantuan i-Perantau sebagai sokongan daripada kerajaan kepada perantau dari negeri Terengganu sebagaimana diumumkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar semalam.

"Jadi, anak-anak perantauan pastikan memohon sekiranya layak untuk kerajaan negeri agihkan dana khas berjumlah RM1.5 juta itu," katanya.

Tambahnya, maklumat berkaitan permohonan boleh dirujuk pada sistem i-Bantuan kerajaan negeri bermula hari ini.

Hadir sama dalam majlis agihan i-Fitri hari ini ialah Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairil Ghazali dan Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun Seberang Takir(MTD), Rashid Abdullah.


Tag: