• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

3,570 Mangsa Banjir Masih di PPS

KUALA TERENGGANU, 23 November - Seramai 3570 penghuni masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah yang terlibat dengan banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, kesemua mangsa tersebut terdiri dari 951 keluarga yang ditempatkan di 29 PPS dalam lima daerah terlibat.

Katanya, daerah tersebut melibatkan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Besut, Dungun dan Marang.

Setakat jam 10.00 pagi, Kuala Nerus mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 1,593 mangsa daripada 427 keluarga yang berada di 15 PPS.

Besut dan Dungun merekodkan seramai 272 dan 23 mangsa daripada 60 dan lima keluarga yang ditempatkan di lima PPS dalam daerah berkenaan,” menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Manakala, Marang dan Kuala Terengganu pula merekodkan seramai 732 dan 950 penghuni melibatkan 183 dan 279 keluarga yang berada di 12 PPS.

“Secara keseluruhan hujan telah berhenti dan cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu kini mendung.

“Sementara itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras sungai utama di Terengganu sudah mulai surut dan tiada yang melepasi paras bahaya kini,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 


Tag: