• 17 Apr 2024 | 8 Syawal 1445

415 Nelayan Pesisir Pantai Terima Bantuan 'Touch Point'

DUNGUN, 24 September - Seramai 415 nelayan pesisir pantai (Zon A) di negeri ini menerima bantuan 'touch point' untuk menambah keupayaan mereka menangkap ikan dan menambah pendapatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, antara bantuan yang diberikan ialah peranti pengesan ikan (fish finder), peralatan memancing, kawat kubu dan pukat tangsi.

"Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000 secara keseluruhan manakala di Kemaman diperuntukkan sebanyak RM46,000 Nelayan Zon A ini merupakan jumlah teramai berbanding Zon B dan C

"Penggunaan peralatan menangkap ikan secara tradisional merupakan kaedah utama yang digunakan oleh nelayan ini. Diharapkan dengan bantuan peralatan tangkapan ikan yang diberikan ini sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan setelah menerima kesan akibat daripada penularan wabak Covid-19 di negara ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian melalui suatu kenyataan, pada Program Pelepasan Benih Ikan Serentak Seluruh Negeri, Pemyerahan Lesen Sampan Nelayan, Bantuan 'Touch point', kerja-kerja Melabuh Unjam dan Bantuan 'One Off' Covid-19 Sektor Pertanian di Dungun, baru-baru ini.

Pecahan penerima bantuan berkenaan di daerah ini adalah seramai 49 penerima dengan bilangan peralatan sebanyak 164 dengan jumlah keseluruhan RM34,500.

Manakala bagi daerah lain pula mengikut pecahan, Kemaman (66), Marang (78), Kuala Terengganu (40), Kuala Nerus (71), Setiu (60), Besut (51).

Terdahulu Azman turut menyerahkan sebanyak 109 lesen sampan khas kepada penerima di daerah ini, yang merupakan antara yang teramai di Terengganu.

Selain itu, sebanyak 40 unit unjam telah dilabuhkan di Kampung Sura yang turut memberi manfaat kepada 20 nelayan di Dungun.

 


Tag: